suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Udang Rencah Celup Tepung

Udang Rencah Celup Tepung
UDANG yang disalut tepung tentu akan menambat hati ramai dan menjadi hidangan pembuka selera yang digemari. 

Rasa udang dengan tepung rangup dicicah dengan sos pastinya menyelerakan dan menarik untuk menambah selera kanak-kanak. 


Bahan:

150 gram udang kasar atau udang kertas

1 biji telur ayam - dipukul

1/2 sudu teh lada sulah

garam secukupnya

tepung jagung secukupnya

minyak untuk menggoreng secukupnya 

sos cili untuk bahan pencicah


Cara:

Udang dibersihkan, basuh dan toskan airnya. Setelah itu , gaulkan udang dengan garam, serbuk lada sulah dan serbuk perasa secukupnya hingga rata. 

Panaskan minyak didalam kuali. Sementara itu, celupkan udang tadi satu persatu ke dalam bancuhan telur dan golekkan di atas tepun gjagung dan goreng hinga kuning. 

Hidangkan dengan sos cili.


udang rencah celup tepung

Artikel Lain