suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerabu Kerang Bagan

Kerabu Kerang
KERABU walau apa juga bahan asasnya suatu hidangan pembuka selera yang tidak akan ditolak. 

Ia nampak segar dan menyelerakan dengan bahan yang biasanya dikisar atau dimayang halus dan dapat disiapkan dalam masa singkat.


Bahan:

1 kg kerang - direbus dan diambil isinya

2 labu bawang besar dimayang dadu

3 biji cili merah - dimayang halus

20 biji cili padi (jika mahu lebih pedas) - dimayang halus

4 pokok daun kesum - dimayang halus

5 batang serai - dimayang halus

2 batang bunga kantan - dimayang halus

5 biji mempelam padi mengkal dibuang kulit dan disagat
garam, gula dan cuka secukupnya


Cara:

Semua bahan digaulkan hingga sebati, Masukkan garam, gula dan cuka secukupnya. Jika anda suka boleh ditambah daun pudina atau daun ketumbar yang dimayang halus.

kerabu kerang Bagan

Artikel Lain