suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kacang Panjang Goreng Bertelur

KADANG-kala kita buntu memikirkan sayur yang cepat dimasak, mudah disediakan dan yang pentingnya sedap. 

Jika ada kacang panjang di dalam peti ais, apa kata cuba resipi ini. 

Mungkin sajian ini mampu memikat hati anak anda yang tidak gemar makan sayur-sayuran.


Bahan bahan:

1 ikat kacang panjang

4 ulas bawang merah - hiris

2 ulas bawang putih - hiris

1 biji telur

1 biji cili merah

Garam

Gula

Sos tiram - jika suka


Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. 

Masukkan telur yang telah dikocok dan kacau rata. Masukkan kacang panjang dan garam serta gula. 

Kacau rata sehingga kacang agak lembut, masukkan cili merah dan bolehlah ditutup api.


Artikel Sebelum

Salad Berhias

Artikel Berikut

Artikel Lain