suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bubur Kacang Merah

BUBUR merupakan hidangan popular masyarakat Melayu yang kebiasaannya dinikmati pada waktu petang. 

Namun, bukan mudah untuk mencari premis makanan yang menjual bubur apatah lagi di bulan Ramadan.

Usah bimbang kerana resipi bubur kacang merah ini mampu melengkapkan menu berbuka puasa anda seisi keluarga.


Bahan-bahan:

1 cawan kacang merah

1 cawan jagung yang telah dileraikan

2 cawan santan pekat

3 cawan santan cair

1 keping gula melaka (atau secukup rasa)

Air secukupnya


Cara menyediakan:

Rebus kacang merah bersama air sehingga empuk. Campurkan gula melaka.

Apabila gula hancur, tuangkan santan kemancar (baki santan setelah patinya diperah).

Biarkan ia mendidih seketika. Kemudian masukkan jagung. Biarkan mendidih lagi.

Tuangkan pula santan pekat dan kacau tanpa henti agar tidak pecah minyak. Sedia untuk dihidangkan.
bubur kacang merah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiwol Kang Abu

Artikel Lain