suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerabu Kacang Botor

Kerabu Kacang Botor

MENIKMATI  kerabu sesuatu yang menyegarkan kerana ia dihasilkan daripada sayur-sayuran. Bagaikan ulam-ulaman, kerabu juga dapat membuka selera sesiapa sahaja, terutama pada bulan Ramadan ini.

Kerabu Kacang Botor 

Bahan:
200 gm kacang botor – dipotong setengah inci tebal
100 gm taugeh
4 sudu kelapa parut (putih sahaja)
1 ulas bawang besar – dimayang
5 biji cili api – dimayang
1 biji cili merah – dimayang
1/2 kuntum bunga kantan – dimayang
1/3 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 biji limau nipis diperah – ambil airnya (kalau tidak suka masam
gunakan 1/2 biji sahaja. Begitu juga dengan gula, boleh tambah atau
kurangkan mengikut cita rasa sendiri.)

Cara:

Kacang botor, taugeh, bahan-bahan yang telah dimayang dimasukkan ke dalam bekas, tambahkan kelapa parut, gula, garam dan air limau. Gaul rata dan hidangkan.
Kerabu Kacang Botor

Artikel Sebelum

Tiwol Kang Abu

Artikel Berikut

Ayam Panggang

Artikel Lain