Koleksi Anya Arabella Warnai Industri Fesyen Tempatan - Fesyen dan Gaya | mStar

Koleksi Anya Arabella Warnai Industri Fesyen Tempatan

Impian Natasha Nadrah untuk mengusahakan Anya Arabella akhirnya menjadi kenyataan.

NAMA Anya Arabella mungkin agak asing bagi peminat fesyen tanah air.

Namun ia boleh berbangga kerana kualiti produk keluaran butik yang masih baharu dalam industri fesyen ini setanding dengan jenama tempatan sedia ada.

Menurut pemiliknya, Datin Seri Natasha Nadrah Azman Shah, biarpun butik Anya Arabella baharu sahaja dibuka, ia sudah mempunyai kira-kira 24 koleksi pakaian. 

Antaranya ialah, kasual, majlis perkahwinan, kebaya, kurung, sequin dan majlis makan malam termasuk gaun.

"Disebabkan kesuntukan masa hanya 14 koleksi yang dapat diperkenalkan. 

" InsyaAllah pada bulan hadapan kami akan memperkenalkan koleksi 'ready-to-wear' seperti blaus, palazo, dan kemeja," katanya kepada mStar Online ketika ditemui selepas majlis pelancaran butik Anya Arabella di Hotel Ritz Carlton di sini,  baru-baru ini. 

Bercerita lebih lanjut mengenai Anya Arabella, Natasha berkata, beliau memang sudah lama berhasrat untuk membuka butik dengan jenama sendiri. 

"Alhamdulillah impian ini tercapai juga akhirnya. 

"Saya dibesarkan di luar negara kerana ibu bapa bertugas di sana. Ketika itu saya ada mereka kasut dan tas tangan sendiri, namun tidak sempat menyiapkan koleksi tersebut, keluarga telah kembali ke tanah air.

"Hampir tujuh tahun juga cita-cita saya 'terkubur' selepas berkahwin. InsyaAllah saya akan kembali merealisasikan impian tersebut tahun hadapan," katanya. 

Ditanya siapa sumber inspirasinya dalam bidang rekaan, Natasha berkata, beliau seorang yang suka melakukan inovasi dan gemarkan konsep 'mix and match' dalam menghasilkan  rekaan.

"Jenis fabrik yang saya gunakan dalam rekaan saya adalah daripada Maya Silk Store dan ada juga diimport," kata ibu muda yang mempunyai empat cahaya mata ini.

Mengenai keunikan nama butiknya, Natasha berkata, Anya Arabella dipilih sempena nama anak perempuan bongsunya yang kini berusia 18 bulan. 

Bukan sekadar menjual pakaian, Anya Arabella turut mengorak langkah menjual produk kesihatan yang dikatakan mampu membunuh sel kanser. 

"Kami juga menjual produk kesihatan tambahan, Purtire yang dipercayai boleh membunuh sel kanser. Ia merupakan produk tempatan yang menggunakan teknologi pembuatan Switzerland. 

"Selain itu, saya juga akan mengeluarkan produk kosmetik dan penjagaan kulit sendiri seperti bedak kompak dan bedak asas yang kini diperingkat akhir pengeluaran.

"Produk kosmetik ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif," katanya yang bertindak sebagai pereka pakaian utama di butiknya. 

Mengulas lanjut mengenai produk kecantikan yang akan dikeluarkan, Natasha berkata, bahannya menggunakan elemen semula jadi seperti kolagen, vitamin E, minyak kelapa, minyak zaitun serta minyak bunga matahari. 

Pada majlis pelancaran koleksi pakaian butik Anya Arabella,  turut diadakan lelongan amal set barang kemas bertatah berlian,  keluaran Ceres bernilai RM18,000. 

Keseluruhan hasil lelongan tersebut akan didermakan kepada Pusat Dialisis Tuanku Syed Putra, di Kangar, Perlis. 

Turut berangkat mencemar duli ke majlis pelancaran tersebut ialah, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizduddin Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Alkashah serta bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Dr Ng Yen Yen.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi pakaian keluaran Anya Arabella boleh berkunjung ke butik yang terletak di Empire Soho, Empire Subang Jaya atau melayari laman web, www.anyaarabella.com. 





Anya Arabella , Natasha Nadrah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Shinju Pearl Tampil Gaya Anggun Eksklusif

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain