Perhebat CSR sempena Ramadan, BSN-mStar kongsi nikmat hargai wira tak didendang

Agihan juadah berbuka puasa kepada anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Foto S.S. KANESAN

SETIAP kali menjelang Ramadan dan Syawal, tentu sekali umat Islam akan sentiasa sibuk membuat persiapan untuk berbuka puasa, selain persediaan menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Namun, masyarakat tidak seharusnya melupakan pasukan keselamatan yang tidak pernah jemu berkhidmat untuk negara tanpa mengira masa.

Prihatin terhadap golongan itu, Bank Simpanan Nasional (BSN) terus memperhebatkan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada kali ini.

Pasukan bomba antara wira yang tidak didendang diberikan penghargaan menerusi kempen #kongsinikmat.

Menerusi kempen #kongsinikmat anjuran BSN dengan kerjasama mStar di bawah Star Media Group Berhad, sumbangan juadah berbuka puasa diberikan kepada anggota keselamatan.

Menampilkan kelainan, trak makanan bagi tujuan agihan sumbangan ke setiap lokasi memberi kesegaran dalam projek murni sepanjang Ramadan ini.

Warga BSN bersama wakil Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah.

Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan BSN, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, pasukan keselamatan seperti bomba, polis dan tentera disifatkan sebagai wira-wira tidak didendang.

"Ketika kita bersama keluarga dan sanak-saudara bergembira untuk berbuka puasa dan menyambut 1 Syawal, sebaliknya mereka terpaksa bekerja.

"Setiap tahun apa yang mereka ingin nikmati mungkin agak sukar. Jadi, mereka korbankan kehidupan demi kesenangan orang lain," katanya kepada mStar.


Mujibburrahman (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Nordin Pauzi.

Sehubungan itu, Mujibburrahman memberitahu, jasa-jasa mereka seharusnya diberikan pengiktirafan dan perhatian serta membantu mereka apa yang boleh dibantu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan BSN, Jay Khairil Jeremy Abdullah pula berkata, BSN menerusi projek CSR sentiasa mendekati masyarakat pelbagai golongan.

Jay Khairil (kiri) menyampaikan sumbangan juadah berbuka puasa kepada warga kerja IPK Kuala Lumpur. Foto YAP CHEE HONG

Jika sebelum ini BSN lebih menumpukan golongan yang memerlukan dan kurang berkemampuan, namun jelasnya, konsep kali ini melibatkan pasukan keselamatan.

"Pasukan keselamatan juga merupakan sebahagian daripada masyarakat dan mereka berkorban untuk memelihara kesejahteraan rakyat.

"Oleh itu, menerusi kempen ini kita mahu menunjukkan jasa bomba, polis dan tentera kepada masyarakat seharusnya diberi penghargaan," ujarnya.

Trak makanan #konsinikmat BSN-mStar untuk tujuan agihan juadah berbuka puasa.

Pada masa sama, beliau turut berharap agar inisiatif yang digerakkan oleh BSN itu akan memupuk kesedaran kepada pelbagai pihak termasuk syarikat-syarikat dan masyarakat untuk bersama-sama memberi pengiktirafan kepada wira-wira tidak didendang.

Kempen #kongsinikmat anjuran BSN dengan kerjasama mStar di bawah Star Media Group memilih empat lokasi pasukan keselamatan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Antara anggota PDRM yang menerima sumbangan juadah berbuka puasa.

Lokasi-lokasi tersebut adalah Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah (14 Mei), Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam di Seksyen 15 di Shah Alam, Selangor (16 Mei) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) di Jalan Padang Tembak di Kuala Lumpur pada 30 Mei.

Warga BSN turut turun pandang membantu menyediakan persiapan. Turut kelihatan Jay Khairil memberikan sumbangan.

Warga kerja BSN dan Star Media Group yang diwakili portal gaya hidup dan hiburannya, mStar turut turun pandang pada setiap acara kempen #kongsinikmat yang diadakan.

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain