suria

Portal Masakan, Kuali Kini Berwajah Baru

Portal Kuali Berwajah Baru.
PEMINAT portal masakan Kuali, milik The Star Media Group pasti gembira dengan wajah baru portal berkenaan.

Wajah baru portal Kuali baru ini menampilkan lebih banyak gambar, tips, dan video. 

Previu restoran merupakan kolum pilihan peminat setia, portal ini dan kini ia dilengkapi dengan peta untuk memudahkan anda berkungjung ke sana.

Rakaman video resipi masakan turut menampilkan wajah baru yang lebih segar dan mesra pengguna.
 

Wajah baru portal Kuali ini lebih mesra pengguna, dengan beberapa seksyen baru seperti Resipi, Dining Out, Kitchen Inspirations dan Video. 

Di bawah seksyen resipi terdapat 4,000 resipi dan kini ia mudah untuk dicari. 
Lebih 4,000 resipi yang dimuatkan di portal Kuali kini lebih mudah diakses.

Tidak lama lagi beberapa kolum baru akan diperkenalkan, seperti buku resipi dan senarai tempat makan yang popular.

Bukan itu sahaja, bengkel, pertandingan dan acara istimewa sepanjang bulan berkenaan juga akan diperkenalkan. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari, kuali.com
The Star, Kuali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain