suria

Tali Leher 'Bunga' Ekspresi Kuah Jenhan

Jenhan memberitahu selesa dengan penampilan formal ketika menghadiri acara hiburan.
KALAU sebut pasal corak berbunga pada pakaian atau aksesori yang digayakan oleh kaum lelaki mesti kita akan ingat mereka tu lelaki metroseksual dan juga lelaki-lelaki lembut.

Sebab itulah ramai lelaki takut hendak menggayakan baju 'bunga-bunga' jika menghadiri majlis tertentu terutamanya melibatkan acara formal.

Tapi jangan tak percaya! Kelibat pelawak Kuah Jenhan yang hadir ke sidang media Secretaries Week @ PICC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Isnin lalu dengan tali leher bercorak bunga mencuri perhatian kami.

Mata terus tertumpu kepada tali leher jejaka kacak berketurunan Cina itu ketika dia melewati dewan utama semasa mengiringi penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti.

Kuah
Tali leher bermotifkan flora melengkapkan gaya Jenhan.

Ternyata stail Jenhan yang bersahaja dan penuh keyakinan benar-benar menyerlahkan penampilannya pada petang itu yang dipadankan dengan jaket berwarna hitam dan seluar panjang rona biru gelap.

Tapi tali lehernya tetap mencuri perhatian. Staillah bro!

"Comel bukan tali leher ini? Ini adalah antara koleksi yang ada dalam simpanan saya dan memilih untuk memakainya kerana ia nampak sepadan dengan jaket yang saya pakai.

"Biarpun ia kelihatan feminin namun jika kita pandai gayakannya dan tidak keterlaluan ia sebenarnya tidak menjadi masalah kepada lelaki yang bimbang tidak akan kelihatan maskulin," katanya yang fasih berbahasa Malaysia.

Pakaian yang digayakan adalah daripada koleksi peribadinya.

Tambah Jenhan, pada kebiasaannya dia bukan seorang yang terlalu formal dalam berpakaian namun sentiasa menjaga etika pemakaian terutamanya apabila hadir ke majlis formal.

"Malah apabila saya melakukan stand up comedy di pentas saya selesa dengan pemakaian formal dan pada hari-hari biasa saya turut mempunyai stail tersendiri," ujarnya.

Hmm... lepas tengok Stail! Jenhan, rasanya nak cari satu tali leher bunga-bunga jugaklah!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain