POLIS giat memburu seorang lelaki kerana disyaki membunuh bapa kandung sendiri, dalam kejadian pada pagi Jumaat.
Menurut polis, mangsa yang berusia 67 tahun meninggal dunia akibat dikelar pada bahagian leher.
Kejadian dilaporkan berlaku di kediaman mereka di Desa Rajabasa Jaya, Lampung, Indonesia.
Ketua Polis Kedaton, AKP Budi Harto, memaklumkan bahawa berdasarkan keterangan saksi, motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada rasa kurang senang suspek selepas diminta membantu bapanya berkebun.
"Sebelum kejadian, mangsa mengajak anaknya pulang ke Bengkunat, dekat Pesisir Barat, untuk bekerja di kebun, namun suspek menolak," jelasnya.
Menurut Budi, suspek kemudian memasuki biliknya untuk mengambil parang sambil diekori mangsa.
Supek kemudian menolak bapanya sebelum menyerang menggunakan senjata tajam, mengakibatkan kematian mangsa. -Agensi


