suria

Wanita daftar masuk hotel dengan ‘anak ikan’ ditemukan maut, sesak nafas lepas berjimak

Seorang wanita meninggal dunia selepas melakukan hubungan intim di sebuah hotel.

SEORANG suri rumah berusia 51 tahun ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel dipercayai akibat sesak nafas atau serangan jantung.

Terdahulu dia yang sudah berkahwin itu dilihat mendaftar masuk ke Hotel Lestari Jajag, Gambiran, Indonesia bersama seorang lelaki berusia 31 tahun sekitar pukul 8 malam.

Lelaki berkenaan adalah seorang petani dan kedua-dua mereka berasal dari kampung yang sama.

Menurut Ketua Polis Sektor Gambiran, AKP Badrodin Hidayat, pasangan itu kemudiannya melakukan hubungan seks sehinggalah si wanita mengadu sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

Panik dengan apa yang terjadi dia membasahkan wajah mangsa sebagai usaha menyedarkannya namun tidak berhasil.

Lelaki itu kemudian keluar meminta bantuan saudaranya, sebelum mereka kembali ke hotel dan cuba memberi bantuan termasuk memakaikan pakaian kepada mangsa.

Ketika ini mereka menyedari mangsa sudah tidak bernyawa.

Tidak lama selepas itu anggota polis Gambiran bersama pegawai perubatan tiba di lokasi dan mengesahkan mangsa dipercayai meninggal dunia dua hingga tiga jam sebelum ditemukan.

Difahamkan keluarga mangsa menolak bedah siasat dan reda dengan apa yang terjadi. -Gelora.co

Artikel Lain