suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua lelaki angkut mayat rakan mati lemas dengan motosikal, letak atas katil... Tak beritahu keluarga kerana panik

Rakaman memaparkan dua lelaki membawa pulang mayat rakan mereka yang lemas menaiki motosikal. -Foto Weibo/SCMP

DUA lelaki bertindak membawa pulang mayat rakan mereka yang mati lemas dengan menaiki motosikal dan meletakkannya di atas katil, tanpa memaklumkan pihak berkuasa.

Kejadian berlaku pada 4 September lalu di wilayah Sichuan, barat daya China.

Mangsa, seorang lelaki berusia 38 tahun, diajak oleh seorang penduduk kampung dan bapa saudaranya untuk berenang di takungan berhampiran kampung mereka.

Menurut laporan, lelaki itu lemas sebaik sahaja berada di dalam air dan dua rakannya cuba untuk menyelamatkannya, namun gagal.

Salah seorang rakan mangsa yang dikenali sebagai Tao, mengaku mereka panik dan memilih untuk membawa mayat mangsa pulang dengan motosikal.

Setibanya di rumah mangsa, mereka meletakkan mayat lelaki tersebut di atas katil, seolah-olah sedang tidur.

Mereka meninggalkan rumah mangsa tanpa memberitahu keluarganya, sehinggalah ia disedari tiga hari kemudian. 

Pihak berkuasa menolak sebarang unsur jenayah dan menyimpulkan bahawa kedua-dua lelaki itu tidak bertanggungjawab secara jenayah.

Seorang peguam menjelaskan bahawa walaupun undang-undang China tidak mewajibkan individu menyelamatkan orang lain, kedua-dua lelaki itu boleh dikenakan tuntutan pampasan daripada keluarga mangsa.

"Kami salah kerana membawa pulang mayat itu tanpa memaklumkan keluarga," kata Tao sambil menambah keluarga mangsa berhak menuntut pampasan tambahan jika mahu. -Agensi

Artikel Lain