suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu bas sempat selamatkan lebih 30 penumpang sebelum maut kena serangan jantung

Pemandu bas bertanggungjawab memastikan keselamatan penumpangnya. -Gambar hiasan

SEORANG pemandu bas meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung semasa bertugas, pada Khamis.

Menurut polis, bas yang dipandu P Sai Krishna, 44, membawa lebih 30 penumpang ketika dalam perjalanan dari Vizianagaram di Andhra Pradesh ke Malkangiri di Odisha, India.

Difahamkan, Krishna mengalami serangan jantung berhampiran Dumuriput di laluan Koraput-Sunabeda.

Walaupun mengalami sakit dada, Krishna sempat memastikan keselamatan penumpang bas dengan memberhentikan kenderaan yang dipandunya di tempat selamat.

Apabila tiba di Koraput, dia dikejarkan ke Kolej Perubatan dan Hospital SLN, namun nyawanya gagal diselamatkan. 

Seorang pegawai di syarikat bas berkata pemandu kedua kemudiannya mengambil alih tugas memandu dan membawa penumpang dengan selamat ke Malkangiri.

Krishna meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki. -Agensi

 

Artikel Lain