suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa tembak mati anak gadis sedang ‘dating’ di restoran, teman lelaki parah

Kes bunuh berpunca daripada tindakan seseorang yang hilang kawalan. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki menembak mati anak perempuannya menggunakan pistol jenis revolver selepas ternampak remaja itu sedang duduk bersama teman lelakinya di sebuah restoran.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 15 tahun, bersama teman lelakinya yang berusia 20 tahun sedang menikmati makanan di restoran tersebut sebelum bapanya datang dan berlaku pertengkaran.

Insiden mengejutkan itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang di kawasan Devgaon Kotwali, Azamgarh di India, pada Khamis lalu.

Dalam keadaan marah, lelaki itu kemudian melepaskan tembakan ke arah mereka.

Akibat tembakan itu, anak perempuannya mengalami kecederaan parah dan segera dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Teman lelakinya pula cedera di bahagian badan dan kini dirawat di sebuah hospital di Varanasi, di mana keadaannya kritikal.

Selepas melepaskan tembakan, suspek terus melarikan diri dari lokasi kejadian.

Polis kini giat mengesan suspke dan membuka siasatan di bawah kes bunuh.-Agensi

Artikel Lain