suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengang isteri gemuk selepas bersalin, suami cekik sampai mati! Sorok mangsa dalam beg sampah

Jun dibunuh suaminya kerana gagal menurunkan berat badan selepas bersalin.

SEORANG peguam berusia 37 tahun dilaporkan mati dibunuh suaminya sendiri selepas bertengkar mengenai isu berat badan tidak lama selepas melahirkan anak.

Mangsa, June Bunyan, baru setahun mendirikan rumah tangga dengan Jonathan Renteria, 25, dan mereka dikurniakan seorang bayi berusia sebulan.

Kejadian berlaku di Los Angeles, Amerika Syarikat, awal September lalu dan kali terakhir June dilihat masih hidup adalah pada 4 September.

Menurut rekod mahkamah, Jonathan ditahan sebagai suspek utama dengan ikat jamin ditetapkan sebanyak 4 juta dolar AS (RM16.8 juta).

Pasangan itu dilaporkan bergaduh kerana June gagal menurunkan berat badan selepas bersalin sebelum Jonathan mencekiknya sehingga mati.

Selepas kejadian, Jonathan menghantar bayi mereka ke rumah ibu bapanya pada waktu tengah malam sebelum dilihat kembali membawa beg sampah yang didakwa berisi mayat isterinya yang telah dipotong.

Beberapa jam kemudian, suspek ditemukan di sebuah hotel dalam keadaan berlumuran darah dengan luka pada lengan serta meninggalkan nota mengaku membunuh isterinya.

Seorang jiran, Arielle Miller, mendedahkan hubungan pasangan itu sememangnya bermasalah apabila Jonathan sering bersikap kasar serta mengkritik tubuh badan isterinya. -Agensi

Artikel Lain