suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurus hospital didakwa rogol ramai staf wanita berstatus kontrak... Ugut buang kerja jika buat aduan

Mangsa rogol perlu membuat laporan polis untuk memastikan pelaku tidak terlepas hukuman. -Gambar hiasan

SEORANG pengurus fasiliti di sebuah hospital ditahan atas dakwaan merogol beberapa kakitangan wanita.

Kejadian itu didakwa berlaku di fasiliti perubatan milik kerajaan di Panskura, Bengal, India.

Ia terbongkar selepas salah seorang mangsa membuat laporan terhadap suspek di Balai Polis Panskura.

Semua mangsa merupakan pekerja kontrak di hospital itu.

Ketika soal siasat, salah seorang mangsa mendakwa dia dirogol di dalam pejabat suspek.

Tambah mangsa lagi, dia turut diugut bunuh dan ditamatkan kontrak sekiranya membuat aduan.

Pihak pengurusan hospital bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. -Agensi.

Artikel Lain