suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Padah kencing dalam periuk 'steamboat', 2 remaja diarah bayar saman RM1.2 juta

Tangkap layar video ketika perbuatan itu dilakukan.

TINDAKAN dua remaja merakam diri mereka kencing dalam periuk sup panas (hot pot) ketika mabuk membawa padah apabila diarahkan membayar pampasan lebih 2.2 juta Yuan (RM1.2 juta) kepada restoran berkenaan.

Kejadian itu berlaku pada 24 Februari lalu di restoran Haidilao Hotpot, Shanghai di China dan mencetuskan kemarahan ramai selepas rakaman [tonton sini] tular di media sosial.

Difahamkan, remaja berusia 17 tahun itu memanjat meja di bilik makan peribadi sebelum membuang air kecil di dalam sup yang menjadi hidangan utama 'hot pot'  atau 'steamboat'.

Walaupun tiada pelanggan sempat menikmati hidangan itu, pihak restoran tetap memberi pampasan kepada lebih 4,000 pengunjung.

Mahkamah Shanghai pada Sabtu memutuskan ibu bapa remaja terbabit perlu membayar kos kerugian reputasi, peralatan, pembersihan dan yuran guaman.

Kedua-dua remaja turut diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar yang ditetapkan restoran tersebut. -Agensi

Artikel Lain