suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penuntut wanita meninggal dunia, disyaki lemas dalam kolam ketika program kebudayaan kampus

Bedah siasat dilakukan untuk menentukan punca kematian seseorang. -Gambar hiasan

SEORANG penuntut wanita di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam.

Dalam kejadian pada malam Khamis, mangsa yang merupakan penuntut tahun tiga, fakulti Bahasa Inggeris di Universiti Jadavpur di Kolkata, India, dikejarkan ke kolej perubatan swasta berhampiran namun disahkan meninggal dunia oleh doktor. 

Difahamkan, insiden itu dilaporkan berlaku semasa program kebudayaan di kampus.

Kumpulan pelajar bagi parti pemerintah, Trinamool Congress, mempersoalkan mengapa pihak berkuasa membenarkan acara kebudayaan itu diteruskan sehingga malam, dan menuntut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika insiden berlaku.

Kumpulan itu juga mendakwa bahawa pengambilan alkohol telah berlaku di premis universiti.

Polis telah memulakan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Dalam pada itu, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain