suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepas penggal kepala, disepak macam bola! Pengurus motel dibunuh kejam depan anak, isteri

Rakaman CCTV memaparkan insiden tragis seorang pengurus motel dipenggal rakan sekerjanya. -Foto NDTV

SEORANG lelaki berusia 50 tahun dipenggal kepalanya dalam satu insiden tragis di sebuah motel, pada Rabu.

Lebih tragis, mangsa dikenali sebagai Chandra Nagamallaiah yang merupakan warganegara India dari Karnataka, dipenggal di hadapan anak dan isteri.

Pembunuhan kejam tersebut berlaku di sebuah motel, Downtown Suites di Samuell Boulevard, timur Downtown Dallas, dekat Texas, Amerika Syarikat.

Menurut Jabatan Polis Dallas, suspek dikenali sebagai Yordanis Cobos-Martinez, 37, yang merupakan seorang pendatang dari Cuba, menyerang mangsa berulang kali menggunakan parang dipercayai berpunca daripada pertengkaran berkaitan mesin basuh yang rosak.

Mangsa merupakan pengurus motel berkenaan manakala suspek turut bekerja di motel yang sama.  

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, Cobos-Martinez dilihat mengejar Nagamallaiah di koridor motel.

Jeritan mangsa menarik perhatian isteri dan anak lelakinya berumur 18 tahun, yang cuba campur tangan namun dihalang oleh suspek.

Suspek kemudiannya meneruskan serangan dengan memenggal kepala mangsa.

Rakaman daripada sudut lain menunjukkan suspek menyepak kepala mangsa yang terpisah dari tubuh seperti bola sepak, kemudian mengambilnya dan membuangnya ke tempat sampah.

Suspek yang mempunyai rekod jenayah di Houston termasuk kecurian kereta dan serangan, kini ditangkap dan ditahan tanpa jaminan.

Jika disabitkan bersalah, dia berdepan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol atau hukuman mati. -Agensi

Artikel Lain