suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlalu rimas, nenek 98 tahun nekad potong ‘tanduk’ di dahi guna gunting

Gu mengalami pendarahan selepas menggunting sendiri 'tanduk' di dahinya. -Foto SCMP

SEORANG wanita warga emas berusia 98 tahun mengejutkan ramai apabila bertindak memotong sendiri daging seperti tanduk di dahinya menggunakan sebilah gunting.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Gu, dari Shanghai, China, telah hidup dengan 'tanduk' tersebut selama beberapa tahun.

Ia berukuran sekitar tiga hingga empat sentimeter (cm) diameter dan selepas dipotong, panjangnya dilaporkan hampir menyamai jari manusia. 

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, 'tanduk' tersebut sering dikaitkan dengan simbol panjang umur.

Ketika menjalani rawatan untuk masalah kesihatan lain di hospital, Gu menjadi semakin tidak selesa dengan 'tanduknya'.

Tanpa berunding dengan doktor, dia bertindak memotongnya sendiri.

Tindakan itu menyebabkan luka di dahinya membengkak dan mengalami pendarahan teruk.

Petugas perubatan segera menjalankan pembedahan kecemasan ke atasnya dan hasil pemeriksaan selepas pembedahan mendapati luka tersebut menunjukkan proses pemulihan.

Menurut pakar, pertumbuhan seumpama itu dikenali sebagai 'tanduk kulit' dalam istilah perubatan. 

Ia selalunya berpunca daripada pendedahan jangka panjang kepada sinaran ultraviolet, selain faktor genetik. -Agensi

Artikel Lain