SEORANG penjaga masjid (siak) berusia 59 tahun ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan.
Tertuduh melakukan perbuatan terkutuk itu ketika berada di tandas sebuah masjid di Daerah Maros, Sulawesi, Indonesia dalam kejadian pada 9 Januari lalu.
Ketua Siasatan Jenayah Balai Polis Maros, Inspektor Aditya Pandu berkata pelaku berjaya ditangkap pada Jumaat selepas menerima laporan dibuat ibu bapa mangsa.
"Suspek melakukan pencabulan itu ketika mangsa menunggu bapa saudaranya sedang membuang air kecil di dalam tandas masjid.
"Pelaku pada mulanya menghampiri mangsa dan bertanyakan nama dengan alasan mahu 'merawat' kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu," katanya pada Ahad.
Menurut Pandu, kanak-kanak yang menjadi mangsa amang seksual itu hanya akur ketika dicabul kerana tidak mengetahui niat jahat suspek.
Susulan itu, suspek kini ditahan di Unit PPA Siasatan Jenayah Polis Maros untuk siasatan lanjut. -Agensi


