suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat penumpang bertembung helikopter tentera, 18 mayat ditemukan

Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan susulan nahas membabitkan pesawat penumpang American Airlines dengan helikopter tentera Black Hawk.

SEJUMLAH 18 mayat sudah ditemukan di Sungai Potomac susulan nahas pesawat penumpang American Airlines dengan helikopter tentera Black Hawk berhampiran Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington di Washington DC, pada Rabu.

Pegawai polis berkata, terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan setakat 11.30 malam, waktu tempatan, lapor CBS News.

Pegawai tersebut turut memaklumkan bahawa tiada mangsa yang terselamat ditemui setakat ini.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang American Airlines yang dikendalikan anak syarikatnya, PSA Airlines dan sebuah helikopter tentera model Black Hawk terhempas ke dalam Sungai Potomac selepas bertembung di udara berhampiran Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan di Washington pada Rabu malam.

American Airlines mengesahkan bahawa 64 orang berada di dalam pesawat tersebut termasuk 60 penumpang dan empat anak kapal.

Sementara itu tiga askar berada di dalam helikopter berkenaan, kata seorang pegawai tentera Amerika.

Artikel Lain