suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bikin kecoh! Murid selamba bawa bahan letupan ke sekolah, polis arah kosongkan bangunan

Sekolah itu terpaksa dikosongkan akibat bahan letupan yang dibawa murid. Foto Google

SEBUAH sekolah rendah terpaksa dikosongkan selepas seorang murid membawa bahan letupan dalam kejadian pada Jumaat.

Difahamkan, bahan letupan itu dibawa adalah untuk ditunjukkan kepada rakan-rakannya dalam sesi 'show and tell' di sekolahnya.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di London, United Kingdom dan menyebabkan pihak polis terpaksa dipanggil selepas bahan letupan itu dibawa ke sekolah.

Menurut Polis Hampshire, peranti tersebut dibentangkan di dalam kelas yang menyebabkan sekolah itu perlu dikosongkan.

Seorang penduduk tempatan, Kerri L Watt, 40, berkata rakan-rakannya yang mempunyai anak di sekolah tersebut datang ke rumahnya selepas kejadian.

Malah, mereka menggambarkan suasana yang dramatik di mana para pelajar menangis dan berada dalam ketakutan.

Menurut Kerri, ibu bapa yang anak-anaknya bersekolah di sekolah menengah berdekatan terpaksa mengambil mereka namun terdapat segelintir yang berjalan pulang sendiri.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain