suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang tidak dibenarkan sertai perayaan kolej, pelajar tikam pengawal keselamatan hingga maut

Kejadian berlaku disebabkan pengaruh alkohol. -Gambar hiasan

SEORANG pelajar kolej berusia 22 tahun didakwa menikam hingga mati seorang pengawal keselamatan kerana tidak dibenarkan memasuki kolej bagi meraikan majlis tahunan.

Menurut pihak polis, ketika kejadian, suspek Bhargav Jyothi Burman yang merupakan pelajar tahun tiga BA Kolej Sindhi di Bengaluru, India, berada di bawah pengaruh alkohol.

“Penduduk tempatan menangkapnya sebelum diserahkan kepada polis. Kami sedang menunggu laporan sampel darahnya untuk mengesahkan kandungan alkohol dalam badannya.

"Terdapat pelajar lain yang menyaksikan kejadian itu," katanya.

Polis berkata, pihak pengurusan kolej telah memaklumkan bahawa tiada pelajar akan dibenarkan masuk semula ke kolej setelah keluar dari perkarangan semasa majlis berlangsung.

"Suspek telah keluar dan cuba memasuki kampus semula, namun dihalang oleh mangsa," tambah pegawai itu.

Tambah polis, disebabkan rasa marah, suspek kemudian membeli pisau dari kedai berhampiran dan menikam mangsa sebanyak tiga kali. - India Express

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia