suria

Malu tak mampu sediakan wang hantaran untuk pasangan, lelaki reka cerita kena rompak... Siap tikam perut sendiri dengan gunting!

Gunting yang digunakan oleh lelaki berkenaan untuk mencederakan dirinya sendiri. -Foto Istimewa/Detik.com

TERTEKAN serta malu kerana tidak mampu menyediakan wang hantaran, seorang lelaki di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia nekad mencederakan diri sendiri dengan menikam perut menggunakan gunting.

Menurut Ketua Polis Daerah Anggana, AKP Akhmad Wira Taryudi, lelaki berusia 25 tahun itu kemudian membuat laporan polis dan mereka cerita kononnya dia dirompak oleh dua orang lelaki bermotosikal.

"Dia mengaku kepada pasangannya ada wang walaupun tidak ada.

"Lalu dia berpura-pura mengaku dirompak oleh dua orang lelaki menaiki motosikal," kata Wira.

Ujar Wira, bagaimanapun ketika polis melakukan siasatan terhadap laporan lelaki tersebut, mereka mengesan perkara yang diragui ketika dia memberikan keterangan.

Lelaki itu akhirnya mengakui cerita rompakan tersebut adalah rekaannya semata-mata.

"Motifnya untuk mengelak wang hantaran 70 juta rupiah (RM20,489) yang diminta pasangannya," jelasnya. -Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain