suria

Penyampai berita ditahan atas dakwaan rogol kanak-kanak, polis serbu rumah pukul 4 pagi

Mangsa rogol berdepan dengan trauma untuk jangka masa yang panjang. -Gambar hiasan

SEORANG penyampai berita sukan di sebuah saluran televisyen ditahan atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak.

Menurut laporan, pihak polis telah melakukan serbuan di rumah penyampai lelaki tersebut sekitar pukul 4 pagi, baru-baru ini, setelah mendapat aduan daripada mangsa.

Polis turut menggeledah kediamannya yang terletak di selatan England dan mengambil peralatan komputer serta dokumen untuk membantu siasatan.

Difahamkan, mangsa yang masih lagi di bawah umur 10 tahun ketika kejadian, didakwa dirogol lebih daripada satu kali dalam satu tempoh masa.

Mangsa dikatakan telah ditemuramah oleh pegawai penyiasat penderaan kanak-kanak sebelum siasatan dilakukan ke atas penyampai berita berkenaan.

Dia ditahan untuk soal siasat sehingga 18 jam, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu siasatan lanjut.

Polis juga dijangka menjalankan siasatan lanjut terhadap latar belakang penyampai lelaki itu sebagai sebahagian daripada siasatan mereka. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain