suria

Ngeri! Wanita ditikam guna pemutar skru sehingga maut, suspek berang hasrat rujuk ditolak

Mayat mangsa pembunuhan akan dibedah siasat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki bertindak menikam kepala dan leher bekas isterinya sehingga maut menggunakan pemutar skru (screwdriver) selepas permintaan untuk merujuk kembali ditolak wanita itu.

Kejadian ngeri itu berlaku pada 28 Mac lalu di Bogor, Indonesia.

Menurut pihak berkuasa Bogor, suspek dan mangsa pada awalnya sedang berbual di dalam bilik sebelum terlibat dalam pertengkaran.

Ia berikutan suspek meluahkan hasrat untuk rujuk mangsa dan kembali menjalinkan hubungan sebagai suami isteri.

Berang permintaannya ditolak, suspek bertindak mencekik leher dan menikam kepala mangsa beberapa kali dengan pemutar skru sehingga tembus di leher.

Susulan itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain