suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leka berbual guna telefon pintar, wanita 'simpan' anak dalam peti sejuk! Hanya sedar selepas diaju suami

Tangkap layar wanita menyimpan anaknya ke dalam peti sejuk

TIDAK dinafikan bahawa ketagihan telefon pintar menjadi isu serius di seluruh dunia.

Malah masyarakat semakin gemar menghabiskan masa dengan telefon mereka berbanding berinteraksi dengan dunia sebenar.

Seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular baru-baru ini, seorang ibu yang leka berbual menggunakan telefon pintar telah 'menyimpan' anaknya di dalam peti sejuk.

Berdasarkan tindakannya itu, dia dipercayai cuba menyimpan sayur yang telah dipotong namun tersalah 'bahan' kerana leka berbual.

Perbuatannya itu hanya disedari selepas suaminya masuk ke dalam rumah dan mencari bayi mereka.

Panik dengan kehilangan tersebut, kedua-dua mereka meneruskan pencarian di sekeliling rumah sehingga suaminya mendengar bunyi ketukan dari dalam peti sejuk.

Bayi malang tersebut akhirnya berjaya diselamatkan dan diberi bantuan kesihatan.

Menerusi perkongsian di laman X, terdapat warga maya menyatakan video tersebut dihasilkan bagi memberi peringatan kepada masyarakat tentang kesan ketagihan telefon pintar. - India Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain