suria

Tragis! Petani muda maut, separuh badan tersepit dalam mesin gandum

Mangsa maut akibat kecederaan parah selepas separuh badannya tersepit pada mesin pengirik gandum. -Gambar Indiatoday

SEORANG petani maut selepas badannya tersepit pada mesin pengirik gandum dalam kejadian yang berlaku di daerah Betul, Madhya Pradesh, India.

Lebih menyayat hati, mangsa, Radheshyam Uike yang berusia 28 tahun maut di hadapan isteri dan ibunya.

Menurut polis, ketika kejadian, Radheshyam sedang mengirik gandum bersama isteri dan ibunya, apabila tiba-tiba dia terseret sebelum ditarik dan kemudian tersepit di dalam jentera itu.

Separuh anggota badan Radheshyam iaitu dari kepala ke pinggang, tersangkut di dalam mesin berkenaan.

Isteri dan ibu Radheshyam cuba untuk membantu namun gagal, sebelum mereka memanggil penduduk kampung untuk menarik badannya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Mayat dihantar ke Hospital Ghoradongri untuk bedah siasat dan kemudian diserahkan kepada keluarga.

Polis menambah pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain