suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar lelaki menyamar sebagai wanita masuk masjid, sanggup pakai niqab dan jubah!

Insiden melibatkan seorang lelaki menyamar sebagai wanita cuba memasuki masjid.

HATI manusia tidak pernah dapat diduga apa isinya.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki ditahan kerana menyamar sebagai wanita dengan memakai jubah hitam serta berniqab.

Kejadian berlaku di Masjid Jannatul Firdaus, Bandar Makassar dalam wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia pada petang Isnin.

Lelaki tersebut dilaporkan memasuki masjid sebelum ditahan dan disoal siasat oleh pihak masjid berkenaan.

Ketua Polis Manggala, Komisioner Polis Syamsuardi berkata suspek sudah dicekup.

“Lelaki itu telah ditangkap. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi di sebuah masjid," katanya.

Identiti pelaku masih belum diketahui, namun dia sudah dijamin di Ibu Pejabat Polis Manggala.

“Kami sudah menahannya di balai polis untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Polis masih menyiasat mengenai kebarangkalian wujudnya unsur jenayah,” kata Syamsuardi. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain