suria

Pekerja buruh meracau dan meronta di tengah jalan, penduduk dedah ada kaitan dengan pokok ditebang

Insiden seorang lelaki dirasuk di tengah jalan.

KEWUJUDAN alam yang tidak dapat dilihat mata kasar sering menjadi tanda tanya.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki dari Klungkung, wilayah Bali, Indonesia dirasuk ketika membonceng motosikal pada Jumaat lalu.

Menurut penduduk tempatan, ia dipercayai berlaku selepas lelaki itu menebang sebatang pokok tanpa meminta izin.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, lelaki tidak berbaju itu dilihat merangkak di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meracau-racau.

Ketua Polis Dawan, Asisten Komisioner Polis I Komang Susiawan berkata, lelaki bernama Ananda Pratama Laritembun tersebut merupakan buruh bangunan berasal dari Banyuwangi, wilayah Jawa Timur.

“Lelaki yang meracau itu ialah buruh bangunan yang bekerja di Kampung Besan,” katanya.

Tambahnya, Ananda dan rakan sebelum itu menebang sebatang pokok yang akan digunakan untuk membuat rumah.

Ketika mereka menaiki motosikal melalui Kampung Dawan Kaler, Ananda yang membonceng tiba-tiba meronta-ronta.

Disebabkan keadaannya tidak terkawal, rakannya memberhentikan motosikal dan berhenti di tepi jalan.

“Ananda kemudian dibawa ke lokasi rumahnya di Bali dan dirawat mengikut adat agama Hindu sebelum kembali sedar,” ujarnya. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain