suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki mengadu sakit perut, pakar bedah terkejut temui belut hidup sepanjang 30cm!

Pakar bedah berjaya mengeluarkan seekor belut sepanjang 30cm daripada perut seorang lelaki. -Gambar Jampress

SEORANG lelaki yang mengadu sakit perut mengejutkan pakar bedah selepas mereka menemui seekor belut sepanjang 30 sentimeter (cm) 'menumpang' di dalam tubuhnya.

Lelaki berusia 34 tahun itu dimasukkan ke hospital di Wilayah Quang Ninh, Vietnam pada Rabu lalu, selepas mengalami kekejangan.

Menerusi hasil imbasan yang dilakukan, doktor mengesan kehadiran

sesuatu yang 'asing' di dalam perutnya, bagaimanapun mereka tidak dapat mengenal pasti 'benda' tersebut yang menyebabkan dinding dalam perut pesakit lelaki berkenaan menjadi bengkak.

Pakar perubatan memutuskan untuk melakukan pembedahan dan apa yang ditemui mereka benar-benar mengejutkan.

Rupa-rupanya seekor belut yang masih hidup berukuran 30 cm berada di dalam perut lelaki berkenaan.

Pakar bedah berjaya mengeluarkan haiwan tersebut dan pesakit dilaporkan semakin pulih.

Dia bagaimanapun tidak dapat menjelaskan bagaimana belut itu boleh 'menumpang' di dalam tubuhnya, tetapi doktor percaya haiwan itu masuk melalui duburnya. -Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain