suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak tahan sering dibuli, pelajar pondok nekad bakar dua rakan hingga rentung

Mangsa buli lazimnya mengalami tekanan perasaan sehingga mendorongnya melakukan tindakan di luar jangka. -Gambar hiasan

SEORANG remaja berusia 16 tahun nekad membakar tiga rakannya, gara-gara mendakwa sering menjadi mangsa buli.

Akibat tindakan tersebut, dua daripada mangsa meninggal dunia manakala seorang lagi melecur 40 peratus pada anggota badan.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Siak (Kasatreskrim), Inspektor Tony Prawira, pelaku yang dikenali sebagai EDP, seorang pelajar Pondok Pesantren Nurul Yakin (Ponpes) di Desa Dayun, Riau mendakwa dia sering dibuli oleh mangsa dengan menggunakan kekerasan.

"Berdasarkan hasil siasatan, pelaku mengaku sering dibuli mangsa.

"Pelaku juga mengakui sering mengalami keganasan ketika berada di pondok," kata Tony.

Tambahnya, pelaku bertindak membakar bilik yang didiami mangsa di asrama pondok, dalam kejadian yang berlaku pada 18 Februari lalu.

Dua mangsa yang rentung dikenali sebagai FTP (18), dari Bekasi dan NMA (14), dari Siak.

Ujarnya lagi, remaja tersebut kini merupakan suspek utama yang jika sabit kesalahan bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun. -Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain