suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh 3 remaja perempuan berseluar pendek buat aksi goyang ‘gerudi’, tak hormat lokasi madrasah

Tangkap layar video yang memaparkan tiga remaja melakukan aksi goyang 'gerudi' di sebuah madrasah. -detikJatim

MEDIA sosial kecoh susulan penularan video yang memaparkan tiga remaja perempuan menari dengan aksi goyang 'gerudi', yang dilaporkan berlaku di sebuah madrasah di Pasuruan, Jawa Timur.

Berikutan itu, Kementerian Agama Pasuruan tampil menjalankan siasatan gara-gara video berkenaan didakwa menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurut jurucakap kementerian berkenaan, Bahrul Ulum, difahamkan acara yang melibatkan aksi kurang sopan itu berlaku di Madrasah Diniyah, minggu lalu.

"Kami menghantar pasukan ke sana untuk memberi penerangan berhubung kejadian ini supaya ia diharap tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Kami mempunyai tanggungjawab moral untuk memberi tunjuk ajar berhubung kejadian ini," kata Bahrul.

Menerusi video berdurasi 29 saat itu, kelihatan tiga gadis remaja yang memakai seluar pendek ligat menari dengan aksi goyang 'gerudi' di atas pentas pada sebuah acara di madrasah berkenaan.

Turut kedengaran jeritan para penonton yang teruja melihat persembahan ketiga-tiga remaja berkenaan. -Detikjatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain