suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak lelaki pelan-pelan keluar dari pejabat ayah, terselamat dari dibaham harimau bintang

Kejadian tersebut dirakam kamera pengawasan di pejabat ayahnya.

KEBERANIAN seorang kanak-kanak lelaki 'melarikan' diri daripada seekor harimau bintang menjadi tular di media sosial.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di India ketika dia sedang bermain permainan video.

Memetik laporan Thaiger, kanak-kanak berusia 12 tahun itu berjaya keluar secara senyap selepas haiwan berkenaan masuk ke biliknya.

Malah, dia yang dikenali sebagai Mohit Ahir turut mengunci haiwan berkenaan di dalam bilik tersebut.

Menurut Mohit, kejadian tersebut berlaku semasa dia sedang menantikan kehadiran bapanya yang bertugas sebagai pegawai keselamatan di sebuah majlis perkahwinan.

Tindakan pantasnya mengunci haiwan berkenaan membuatkan pegawai jabatan hutan, polis, dan penduduk tempatan tiba untuk memberi bantuan.

Susulan itu, ubat penenang digunakan untuk menidurkan harimau bintang berkenaan sebelum ia dibawa keluar.

Difahamkan harimau bintang jantan itu berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain