suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelancong janji tak akan kembali ke Santorini, ‘view’ indah jadi rosak sebab terlalu ramai manusia

Kehadiran terlalu ramai pengunjung boleh menganggu ketenangan di pulau itu. -Getty Images

INDAH khabar dari rupa.

Begitulah luahan kekecewaan segelintir pelancong selepas mereka berkunjung ke pulau paling popular di Greece iaitu Santorini.

Menurut pengguna Reddit dikenali sebagai Shanbarra-98765, dia menganggap Santorini sebagai satu 'perangkap' kepada pelancong.

"Ia hanya penuh dengan pelancong sehingga sukar untuk bergerak. Kemudian ada banyak keldai. Saya sangat sedih melihat situasi itu," luahnya.

Seorang lagi pengguna Reddit turut meluahkan hal sama dan berjanji untuk tidak lagi kembali ke pulau itu.

"Saya benci Santorini! Anda tidak boleh membayar saya untuk kembali ke tempat itu," ujar individu itu.

Menerusi foto yang dikongsi, ramai pelancong dilihat membanjiri kawasan pelancongan terkenal itu.

Ia ternyata berbeza dengan foto-foto yang dikongsi oleh golongan pempengaruh yang memaparkan ketenangan dan keindahan Santorini. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain