suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 pelancong lelaki berseluar dalam di lapangan terbang, netizen luah rasa nak muntah

Tindakan dua pelancong itu menyebabkan mereka dikecam oleh pengguna media sosial.

DUA pelancong asing meraih perhatian ramai gara-gara tindakan mereka yang hanya berseluar dalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand.

Malah, dua pelancong lelaki itu kelihatan yakin berjalan di lapangan terbang tanpa menghiraukan pandangan orang awam.

Foto mereka tular dalam kalangan netizen selepas dikongsi oleh seorang pengguna Facebook.

Hantaran itu dihujani lebih 500 tanda suka (likes) serta komen-komen netizen termasuklah yang berjenaka dan meluahkan rasa hendak termuntah melihat aksi mereka.

Untuk rekod, Phuket merupakan destinasi pelancongan popular di Thailand yang sering menjadi tumpuan pelancong antarabangsa.

Namun, kejadian ini menyebabkan netizen memberi cadangan agar satu garis panduan baharu diperkenalkan, sekali gus mengelakkan insiden sama berulang.

Perbuatan dua pelancong itu dianggap tidak menghormati budaya tempatan meskipun Phuket popular dengan aktiviti pantai dan laut. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain