suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menyamar nak minta autograf, lelaki tak dikenali tikam leher pemimpin pembangkang Korea Selatan

Tangkap layar menunjukkan situasi sewaktu kejadian serangan berlaku pada Selasa.

KETUA Parti Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung, 59 ditikam di bahagian leher dalam kejadian pada pagi Selasa.

Memetik laporan BBC, insiden tersebut berlaku ketika sidang akhbar di bandar pelabuhan Busan, Korea Selatan.

Difahamkan, penyerang yang berusia antara 50an dan 60an itu pada mulanya mendekati Lee untuk meminta autograf sebelum dia bertindak menyerang dan menikam di leher kiri.

Dalam video tular yang dikongsikan di media sosial, Lee dilihat terbaring di atas lantai dengan mata tertutup.

Terdapat seorang individu cuba menahan darah yang mengalir dengan menekan sapu tangan di tepi lehernya.

Ketua Parti Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung.

Beberapa individu lain cuba menghalang penyerang daripada melarikan diri dan suspek berjaya ditahan di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu, mangsa dibawa dalam keadaan sedar ke hospital untuk menerima rawatan.

Untuk rekod, pada pilihan raya presiden 2022 Lee adalah pencabar utama Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol.

Beliau tewas dengan perbezaan undi 0.73 peratus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain