suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat tahun berjuang di menara gading, ijazah hangus dibakar teman wanita selepas bertengkar

Wanita tersebut membakar ijazah bekas kekasihnya kerana tidak berpuas hati topi keledarnya tidak dipulangkan.

HANYA kerana isu remeh, seorang wanita bertindak nekad membakar ijazah milik bekas kekasihnya selepas kedua-duanya bertengkar.

Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Rebecca bertindak sedemikian kerana bekas teman lelakinya, Bryan Nicholas tidak mengembalikan topi keledar miliknya.

Tidak diketahui dengan jelas bagaimana pergaduhan antara kedua-duanya berlaku, namun daripada apa yang tersebar, Rebecca mengakui dia tidak berpuas hati kerana Bryan tidak cuba berkomunikasi dengan baik untuk menyelesaikan masalah antara mereka.

"Empat tahun berjuang untuk mendapatkan sarjana, musnah dibakar bekas kekasih kerana topi keledarnya tidak dikembalikan," tulis Bryan yang merupakan graduan Universitas Pembangunan Jaya, Tangerang Selatan, Indonesia di Instagram @menfestangerang

Bryan menjelaskan dia pergi ke rumah Rebecca untuk memulangkan topi keledar wanita itu, namun kecewa apabila nasi sudah menjadi bubur.

Rata-rata netizen mengecam tindakan Rebecca yang disifatkan sebagai melampau hanya kerana hal yang sangat remeh. -Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain