suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang televisyen ditutup ketika tonton perlawanan kriket, bapa cekik anak hingga mati

Suspek ditahan selepas mencekik anaknya sehingga mati. -Gambar Indiatoday

SEORANG lelaki di negeri Uttar Pradesh, India ditahan polis selepas mencekik anaknya sehingga maut, gara-gara mematikan televisyen ketika dia menonton perlawanan akhir Piala Dunia Kriket di kediaman mereka.

Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu, selepas mangsa, Deepak Nishad meminta bapanya, Ganesh Prasad, berhenti menonton perlawanan dan menyediakan makan malam.

Namun Ganesh tidak menghiraukan permintaan Deepak menyebabkan mangsa berasa marah dan mematikan televisyen.

Akibatnya, pertengkaran tercetus antara dua beranak itu dan berlaku pergaduhan fizikal.

Ketika kejadian, Prasad berada di bawah pengaruh alkohol.

Menurut polis, Prasad mencekik anaknya menggunakan kabel pengecas mudah alih.

Sebaik sahaja menyedari anaknya sudah meninggal dunia, dia melarikan diri sebelum ditahan Isnin lalu. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan

Artikel Lain