suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami 'makan' luar semasa isteri sarat hamil... Dua kali ditangkap pun tak serik

Kedua-dua mereka ditangkap di dalam sebuah rumah.

ISTERI mana yang tidak kecewa apabila mengetahui suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Lebih menyedihkan apabila perbuatan tersebut dilakukan semasa isteri sedang sarat hamil tujuh bulan.

Begitulah yang dialami seorang wanita dari Jawa Timur, Indonesia selepas suaminya ditangkap bersekedudukan dengan seorang pelajar institut pengajian tinggi.

Menerusi laporan Tribun Medan, semasa kejadian berlaku, suaminya hanya memakai seluar pendek manakala pelajar berkenaan mengenakan baju tidur.

"Kedua mereka tidak menjawab semasa diajukan sama ada sudah berkahwin atau belum.

"Kejadian tersebut bukanlah kali pertama kerana kedua-dua mereka pernah tular melakukan perbuatan sama sebelum ini," lapornya.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa marah kepada pelajar terbabit dan suami wanita tersebut kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain