suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Israel kepung Hospital Indonesia, 12 orang awam terbunuh

Kanak-kanak yang cedera dibawa mendapatkan rawatan. -Gambar AFP/Bashar Taleb

‘BUKTI-BUKTI’ yang ditemukan kononnya terowong dan kubu pejuang Hamas berada di bawah Hospital al-Shifa membuatkan tentera rejim zionis Israel mula mengepung Hospital Indonesia.

Bermula pagi Isnin, kereta kebal Israel mengelilingi hospital berkenaan di mana sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh berikutan serangan berterusan yang dilancarkan.

Menurut laporan Anas al-Sharif dari Al Jazeera, adegan di dalam Hospital Indonesia itu ‘kecoh’ selepas pesakitnya mengalami panik yang luar biasa.

"Mangsa bertimbun di atas lantai,” katanya.

Tambahnya, hospital itu telah dikepung oleh tentera Israel dan sesiapa yang bergerak di luar akan menjadi sasaran.

Selain itu katanya, terdapat kerosakan besar pada siling hospital dan beberapa kawasan lain.

Beratus-ratus orang yang berpindah turut hadir, berlindung di hospital untuk melarikan diri dari pengeboman Israel ke atas kawasan itu.

Terdahulu, Pengarah kementerian kesihatan Gaza menolak dakwaan Israel bahawa mereka telah menemui terowong Hamas di Hospital al-Shifa selain menyifatkan ia sebagai ‘pembohongan tulen’. - Al Jazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain