suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir empat bulan tak dapat gaji, pekerja pembersihan lancar tunjuk perasaan... Longgok sampah tiga lori depan pejabat daerah

Longgokan sampah dibuat ketika perhimpunan pekerja.

BERANG tidak menerima gaji selama tiga bulan bekerja, petugas pembersihan lancarkan tunjuk perasaan dengan melonggok sampah tiga lori di hadapan pejabat daerah.

Tindakan tersebut dilakukan pada pukul 7.30 pagi, Isnin semasa perhimpunan pekerja berlangsung.

Susulan kejadian itu, Ketua Daerah Seram Bahagian Barat di Maluku, Indonesia, Andi Chandra Assaduddin menghentikan perhimpunan lebih awal.

Menurut wakil petugas pembersihan terbabit, protes diadakan selepas aduan dibuat terhadap pihak bertanggungjawab.

Perhimpunan terpaksa diberhentikan awal kerana bau busuk.

Perhimpunan terpaksa diberhentikan awal kerana bau busuk.

"Gaji sudah tiga bulan tidak dibayar, sekarang hampir memasuki tempoh empat bulan.

"Kami sudah memaklumkan masalah ini kepada ketua tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga kini.

"Disebabkan itu, kami melancarkan tunjuk perasaan," katanya.

Lebih menyedihkan apabila gaji yang diperoleh RM393 (Rp 1.300.000) sebulan itu, bukan hanya untuk keperluan harian bahkan persekolahan anak-anak.

"Duit diperlukan untuk perbelanjaan harian dan anak sekolah. Gaji itupun tidak cukup... sekarang tertangguh dari Ogos sehingga kini.

"Kami 15 orang sahaja yang masih belum memperoleh gaji. Kerja setiap hari dan tidak kira hujan atau panas, cuti pun tiada," tambahnya.

Selain melonggokkan tiga lori sampah busuk, petugas juga mendesak supaya gaji mereka dibayar segera. - Kumparan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain