suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis tumpaskan tikus mabuk, 60 botol minuman keras dirampas habis licin

Polis berjaya menangkap seekor tikus menggunakan perangkap. -Gambar CEN

SEEKOR tikus ditangkap oleh polis kerana meneguk 60 botol minuman keras secara haram sehingga mabuk.

Tikus yang kehausan itu dirakamkan terlompat-lompat di dalam sangkar, dikelilingi oleh botol kosong yang telah dihirupnya.

Polis Kotwali di Chhindwara, India, terpaksa memasang perangkap selepas menyedari berpuluh-puluh botol minuman keras telah habis diminum haiwan itu.

Bagaimanapun, mereka hanya berjaya menangkap seekor tikus, yang kini dipersalahkan atas kejadian yang berlaku.

Kini, pihak polis masih keliru tentang apa yang perlu dikemukakan di mahkamah sebagai bukti terhadap pihak yang mencuri minuman keras.

Balai polis dan gudang tempatan telah menjadi syurga bagi tikus, apabila turut menyasarkan barangan rampasan lain seperti ganja yang disimpan dalam guni.

Bagi menanganinya, polis mula menyimpan ganja yang dirampas dalam kotak timah besi dan menyimpan fail daripada capaian tikus. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain