suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya sempat bergelar isteri 10 minit, pengantin lelaki meninggal dunia di majlis kahwin

Johnnie Mae Davis (kiri) dan Toraze Davis berkahwin pada 19 Jun. -Gambar GoFundMe

HANYA maut yang memisahkan mereka.

Begitulah yang dialami pengantin perempuan, Johnnie Mae Davis yang hanya bergelar isteri selama 10 minit selepas pengantin lelaki, Toraze Davis meninggal dunia secara tiba-tiba akibat darah beku.

Kejadian yang menyayat hati itu berlaku pada 19 Jun lalu.

"Toraze tidak dapat diselamatkan," kata tetamu di majlis perkahwinan, Jewel Roberson kepada sekutu CBS, KCCI News di Des Moines, Iowa di Amerika Syarikat.

Pasangan dari Omaha, Nebraska itu dilaporkan memilih untuk berkahwin pada tarikh tersebut sempena cuti dan hari jadi nenek Johnnie Mae.

Menurut rakan-rakan, pasangan itu tidak sabar-sabar untuk meraikan hari istimewa mereka selepas melalui dua kehilangan baru-baru ini, termasuk kematian bapa Johnnie Mae. - New York Post

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain