suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jemaah wanita bikin kecoh di Makkah, ‘content’ joget ganggu laluan orang ramai

Tangkap layar seorang jemaah didakwa membuat 'content' joget di Makkah.

KECOH di media sosial mengenai aksi seorang jemah wanita yang didakwa berjoget di Makkah.

Wanita yang dipercayai merupakan jemaah dari Indonesia itu dikatakan membuat content sehingga mengganggu jemaah lain.

Tindakannya itu mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan seorang wanita muda berpampilan jubah dan tudung hitam.

Wanita itu meletakkan kamera di tepi jalan sebelum membuat rakaman.

Dia kemudian berjoget di tengah laluan orang ramai sehingga mengganggu mereka yang lain.

Dalam rakaman tersebut, berapa orang awam dilihat sempat mengelak daripada wanita itu.

Namun, seorang wanita yang berjalan menggunakan payung tidak mempedulikannya yang sedang menari sehingga berlaku pelanggaran.

Setakat ini, belum ada kenyataan daripada pihak yang berkaitan. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain