suria

Syarikat tawar rekaan keranda unik, pilih ikut tema filem pun boleh!

Antara rekaan keranda yang ditawarkan syarikat berkenaan.

MAHU tampil berbeza daripada kebiasaan, sebuah syarikat pengebumian, Go As You Please, menawarkan para pelanggannya rekaan keranda unik yang boleh direka mengikut kreativiti sendiri.

Menurut Pengurus besar Go As You Please, Scott Purvis, syarikat tersebut mempunyai objektif mahu mengubah perspektif orang ramai melihat kematian.

"Ia bukan kerana tidak menghormati tetapi untuk menunjukkan kepada orang ramai apa yang boleh dilakukan dan apa yang boleh kami tawarkan," ujarnya.

Uniknya, ada keranda yang direka menyerupai gulungan sosej Greggs!

Selain itu, Go As You Please turut mereka bentuk keranda menyerupai botol wiski di samping tema filem popular seperti Star Wars, Game of Thrones, The Walking Dead, Harry Potter dan Only Fools.

Syarikat yang mempunyai cawangan di timur laut England dan Edinburgh, Scotland itu menyesuaikan kerandanya mengikut permintaan setiap pelanggan.

Purvis menambah, kebanyakan reka bentuk keranda terhasil daripada perbualan jujur ​​dengan pelanggan semasa mereka masih hidup.

Syarikat itu menggalakkan setiap keluarga untuk mereka bentuk keranda mereka sendiri selain mengambil bahagian dalam proses pembuatannya. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain