suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru taska ralit main telefon bimbit, tak sedar kanak-kanak sawan hingga meninggal dunia

Pihak polis berada di lokasi kejadian susulan kes kematian seorang kanak-kanak di taska. -Gambar Sanook

SEORANG kanak-kanak perempuan di China dilaporkan meninggal dunia di taska selepas diserang sawan sebanyak dua kali.

Apa yang menyedihkan, ketika dia diserang sawan, kejadian itu langsung tidak disedari guru yang berada di dalam kelas kerana ralit memeriksa telefon bimbitnya.

Media tempatan melaporkan, bapa kepada kanak-kanak perempuan malang berusia tiga tahun itu memfailkan aduan, menyatakan dia membawa anaknya ke taska pada pagi 30 Mei dalam keadaan sihat.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 1.15 tengah hari, dia menerima panggilan daripada taska memaklumkan anak perempuannya telah meninggal dunia.

Bapa mangsa yang terkejut dengan perkhabaran itu segera bergegas ke taska dan meminta untuk menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman daripada CCTV menunjukkan mangsa mengalami sawan pertamanya sekitar pukul 11.20 pagi, diikuti sawan yang lebih parah pada pukul 12.50 tengah hari.

Tetapi apabila kejadian tersebut disedari oleh guru di dalam kelas, semuanya sudah terlambat di mana mangsa tidak dapat diselamatkan.

Keluarga mangsa menyalahkan guru berkenaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian.

Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa. Punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut juga sedang disiasat. -Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain