suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menyayat hati... Warga emas maut ‘diserang’ tiga ekor lembu berkeliaran

Wanita berkenaan maut diserang tiga ekor lembu yang berkeliaran. Gambar hiasan. Foto: TOI

DALAM satu kejadian tragis, seorang wanita berusia 60 tahun maut selepas diserang oleh tiga ekor lembu.

Ketika kejadian yang berlaku pada petang Jumaat, mangsa, Ganga Chhitu Parmar sedang melalui sebuah kawasan kawasan kejiranan di Maneja, Gujerat, India.

Pada mulanya wanita itu dirempuh seekor lembu, sebelum dia menjadi sasaran dua ekor lembu lain.

Haiwan berkenaan terus menerkam mangsa walaupun ketika itu dia sudah terbaring di atas tanah.

Kejadian tersebut sempat dirakam oleh penduduk tempatan, yang turut cuba menghalau lembu-lembu berkenaan tetapi sia-sia.

Dalam video yang tersebar luas di media sosial, dapat dilihat wanita warga emas itu cedera parah.

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan.

Susulan kejadian itu, pasukan Perbadanan Perbandaran Vadodara (VMC) bertindak menangani lembu liar di kawasan tersebut. - Indiatimes.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain