suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita berbikini buat aksi berani mati, selamba ‘posing’ di curam Victoria Falls!

Aksi berani mati seorang wanita yang ber'posing' di Victoria Falls.

TIDAK dinafikan, ketika ini ramai yang sanggup melakukan apa sahaja demi meraih perhatian di laman sosial.

Lebih menghairankan, ada yang sanggup membuat aksi berbahaya walaupun nyawa yang menjadi taruhannya, sebagaimana wanita ini.

Menerusi video yang tular di laman Twitter, wanita tersebut yang berbikini dilihat selamba berbaring di hujung curam Air Terjun Victoria (Victoria Falls) yang terletak di sempadan Zambia dan Zimbabwe.

Video aksi 'berani mati' wanita itu dikongsi di akaun Twitter @OTerrifying.

"Wanita berbaring hanya beberapa inci sebelum curam sedalam 380 kaki (116 meter), Air Terjun Victoria," demikian kapsyen yang mengiringi video tersebut.

Perkongsian video di laman Twitter itu telah meraih lebih daripada 10 juta jumlah tontonan dalam tempoh beberapa jam.

Air Terjun Victoria adalah kira-kira dua kali lebih lebar dan dua kali lebih dalam daripada Air Terjun Niagara. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain